close button

coli?

Posted: June 06, 2011 by b0an in Labels:
2

Assalamualaikum….disebabkan kebelakangan nie kita asyik degor jew cter pasal e coli (bkan coli ok)….so arinie aku nak bercerita sket pasal e coli nie…so rajen2kan lew membaca kerana ia dapat menambahkan pengetahuan kite…xbanyak…sket jadi lew…hehe…

Mula-mula mari kite mengetahui akan E coli nie….

Escherichia coli (E. coli) ialah satu jenis koliform najis spesifik

E. coli boleh membiak dalam media dengan menggunakan glukosa sebagai konstituen organik tunggal.

Bacteria ini boleh membiak dengan kehadiran atau tidak kehadiran oksigen. Bawah keadaan anaerobik ia akan membiak dengan cara penapaian menghasilkan ciri-ciri ‘percampuran asid dan gas’ sebagai produk akhir. Bagaimanapun, ia boleh juga membiak dengan cara respirasi anaerobik.

Kehadiran tetap E. coli di usus dan najis manusia menunjukkan kehadiran bakteria lain secara semula jadi, oleh itu E. colidigunakan sebagai penunjuk pencemaran najis dan kontaminasi air. Apabila E. coli dikesan di mana-mana, ada kemungkinan besar terdapat kontaminasi najis yang mengandungi parasit usus manusia.

Kebanyakan E. coli merupakan komensal tetapi terdapat keadaan di mana setengah jenis E. coli boleh menyebabkan penyakit:

1. Apabila bakteria terkeluar dari saluran usus dan masuk ke dalam saluran kenching, organisma ini boleh menyebabkan infeksi yang biasa dirujukkan sebagai "honeymoon cystitis".

2. apabila bakteria keluar dari saluran usus melalui lubang yang disebabkan luka dan masuk ke dalam abdomen, organisma ini biasanya menyebabkan infeksi dinamakan "peritonitis" yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Penyakit boleh dirawati dengan antibiotik.

3. apabila setengah jenis E. coli masuk ke dalam saluran usus (biasanya melalui mulut) menyebabkan cirit-birit di kalangan orang yang mempunyai sistem imune lemah termasuk kanak-kanak.

Koliform najis bersama enterobakteria lain menghalang pembiakan spesis bakteria merbahaya dan membantu dalam penghadaman makanan dengan mensintesiskan vitamin yang diserap oleh tubuh. Contoh: vitamin K dan B-complex.

Okey…pasnie kita pergi kepada Ciri-ciri backteria nie kalo kte tngk kat bwah mikroskop…..

Dia berbentuk batang dengan penghujung bulat (rounded)

Mempunyai saiz: 3 – 5 mm kali 0.5 mm

Merupakan bakteria gram negative(kalo xtau maksud leh mengooglekan diri)

tidak berbentuk spora

motile (mampu bergerak kot..aku lpe) – mempunyai flagella

mungkin berkapsul

mudah membiak dalam media makmal

fakultatif anarobik

menapai glukosa ® asid/asid dan gas secara aerobik dan anaerobik

merupakan parasit usus manusia dan binatang

mungkin didapati di bahagian lain tubuh, tumbuhan dan tanah

Habitat yang selalu didiami oleh bacteria ini ialah di:

Usus manusia dan haiwan

Persekitaran yang tercemar dengan najis

Patogenesis (sila googlekan diri anda kalo nak tau lebih lanjut maksd perkataan ini….ak xreti nak terangkan..hehe)

Lebih dari 700 jenis antigenik (serotypes) dikenali berdasarkan antigen O, H, dan K. ‘Serotyping’ adalah penting untuk membezakan bilangan kecil jenis yang sebenarnya menyebabkan penyakit.

E. coli bertanggungjawab keatas tiga jenis infeksi manusia: Infeksi saluran kencing (UTI), meningitis neonatal, dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Ketiga-tiga jenis penyakit ini terpulang kepada kumpulan specifik penentuan patogenik (virulence).

Menyebabkan Infeksi saluran kencing

Menyebabkan juga Meningitis Neonatal

Radang perut dan usus yang disebab oleh E. coli

Lima kelas (subtypes) E. coli yang menyebabkan penyakit cirit-birit ialah:

i. Enterotoxigenic E. coli (ETEC)

ii. Enteroinvasive E. coli (EIEC)

iii. Enteropathogenic E. coli (EPEC)

iv. Enteroaggregative E. coli (EAggEC)

v. Enterohemorrhagic E. coli (EHEC)

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan terhadap bacteria ini.

Membasuh tangan dengan betul selepas ke tandas, menyentuh daging mentah, ayam itik, binatang ternakan, binatang peliharaan dan sebelum menyediakan makanan atau makan.

Masak dngan betul-betul daging dan ayam itik terutamanya daging cincang.

Memanas dengan betul-betul baki makananyang perlu dihidang panas.

Elakkan pencemaran silang makanan dan permukaan sentuhan makanan.

Basuh dengan betul-betul permukaan sentuhan makanan dan peralatan

Jangan minum air dari bekalan air tidak terawat dan susu yang tidak dipasteurkan.

Menurut tarikh kegunaan pada dan baik sebelum di label makanan.

Membasuh buah-buahan dan sayuran dengan betul terutamanya yang tidak akan dimasak

2 comments:

  1. zureen says:

    wahhhh...
    nice info..
    C:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...