close button

Bujang Terlajak (2012) RMVB

Posted: February 10, 2012 by b0an in Labels: , ,
0



SINOPSIS

Permulaan filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Saiful, Nabil, Johanyang bekerjaya sebagai Ahli Silap Mata Berkumpulan merangkap Badut a.k.a Clown separuh masa (kot) dalam pengambaran tentang pengiklanan. Mereka bertiga berstatuskan BUJANG TERLAJAK kerana disebabkan umur mereka “terlebih lanjut” sebagai menjadi seorang bujang.

Satu hari sedang tiga orang sahabat ni tengah shooting iklan, mereka bertiga terpesona dengan kehadiran seorang wanita @ awek dan juga model yang ayu lagi lawa dalam set pengambaraan. Kebetulan model wanita tersebut shooting sama dengan diorang bertiga. Model Wanita itu namanya Puteri. Nak jadikan cerita Saiful, Nabil, Johan mula terpaut hati dan ingin bercinta dengan Puteri. Dan kebetulan pula Nabilterlalu terdesak mencari seorang bakal isteri kerana telah “disound” oleh ayahnya.

Untuk mengurat @ mengenali Puteri, mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) telah buat siasatan/surveysecara senyap tanpa disedari oleh Puteri sendiri. Cara mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) skodeng @survey Puteri, adakalanya boleh sama dan ada kala cara yang berbeza. Ada satu babak kelakar dimanaSaiful, Nabil, Johan) telah menyamar menjadi Pondan @ Wanita Jadian untuk mengenali Puteri.

Setelah mereka bertiga (Saiful, Nabil, Johan) berjaya buat “kajian” terhadap latar belakang Puteri, dorang dapat tahu yang Puteri ingin mencari calon suami seperti Orang Kurang Upaya (OKU). Ianya disebabkan ayahnya, Haji Hashim seorang buta dan ibunya sanggup bersusah payah menjaga ayahnya yang buta namun kehidupan family Puteri sangat bahagia. Dan Puteri juga mempunyai seorang adik angkat (Jibab) yang juga seorang kanak-kanak istimewa.

Setelah mengetahui ciri-ciri calon suami pilihan Puteri maka Saiful telah memilih untuk menyamar menjadi orang BUTA. Nabil pula menyamar orang PEKAK. Johan pula menyamar menjadi orang BISU. Maka bermulah aksi-aksi Saiful, Nabil, Johan, dengan dengki mendengki dan cuba mendapat tittle BMW a.k.a Best Men Winning untuk memenangi hati @ tackle Puteri.

Berjayakah Saiful, Nabil, Johan menjadi orang buta, pekak dan bisu? Siapa yang dapat tackle Puteri? Dan siapa Puteri pilih menjadi calon Suaminya? So kena tonton ya filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur…

DOWNLOAD LINK



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...