close button

Tips Cover Malu

Posted: July 13, 2011 by b0an in Labels: ,
4

Assalamualaikum….

Arinie aku nak share gan korang tips-tips untuk mengkaber malu korang mengikut keadaan tertentu…so truskan membaca entry in jika ingin tahu lebih lanjut.


Jika diketawakan Kerana Tertidur.

- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!

Jika Silap Tegur Orang

- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.

Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka


-Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"

Jika Tercakap Sorang Diri


- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!

Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita

- Jika tersilap masuk tandas wanita, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri awek anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. shida'R says:

    hahahha...plawok..plawok..hahah..boan boan..gelak besar baca! ^_^

  1. b0an says:

    Shida : uit..gelak sampai trgolek2 kew?hehe

  1. tips ni lagi biken malu der ~hahax.. silap2 sampai mati pon kwn2 x lupe..hahahhaa

  1. b0an says:

    ira : yeke?mne de..dah test kew?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...