Assalamuailaikum…
Uit..dah lame rupenye aku xupdate…sampai jatuh trus jumlah pengunjung kat blog nie…adoiyaii….tpi kepada yang tetap mengunjungi blog nie…walaupun xde entry2 baru…ak ucapkan trimas lew yek….okes…..memandangkan arinie aku xde pe bahan yang menarik nak share gan korang smue….arinie aku nak kasi tips la sket…tips nie bkan aku reka…tpi aku jumpe kat tenet…tpi dah lme simpan dalam laptop aku nie…sampai aku pon xingat kat mne aku jumpe…huhu….
Okes tips aku pada hari ini adalah tips sekiranya ade perompak memaksa korang ambik duit korang di ATM……ok semua ambik kertas dan pen dan salin tips nie yek…hehe
Tips nye begini…
Apabila perompak memaksa korang untuk mengambil wang dari ATM, jangan bertengkar atau
melawan. Korang mungkin tidak tahu apa yang perompak tue mungkin lakukan kepada korang . Apa yang korang harus lakukan adalah untuk memasukkan no PIN korang di mod terbalik.
Iaitu jika PIN korang 1254, korang kene masukkan 4521.
Sebaik sahaja anda punch dalam mod terbalik, wang akan keluar, tetapi
akan tersekat di atm tue (perompak tue kne tarik duit tue la kot krg) dan ia akan memberi isyarat kepada Polis (security) tanpa perompak tue perasan .
Setiap ATM terdapat fungsi khas tersebut untuk menandakan bahaya dan membantu mangsa . Disebabkan tenik ini jarang digunakan. Maka ramai yang xsedari akan teknik nie…
P/S : aku pon xpenah buat…so sesape yang yang dah penah try kew..leh la beri maklum balas yep….
1. Menjaga jarak
Sebelum anda break-up, jaga jarak dengan gf/bf yang bakal ditinggalkan. Bukan untuk menghindar, melainkan untuk memberi waktu kepada diri sendiri juga pasangan agar berfikir lebih jauh mengenai hubungan yang sedang dijalani .Supaya pasangan tidak rasa lebih sakit hati jika ditinggalkan.
2. Lakukan sendiri
Jangan suruh orang lain beritahu kepada gf/bf yg bakal ditingglkan tu yang anda nk break-up dengannya,sangat penakut dan tak gentleman okay. Bagaimanapun menyakitkannya, memutuskan pasangan lmelalui orang ketiga akan membuat si dia merasa tidak dihormati.
3. Katakan dengan tegas, lugas, dan jelas
Susun ayat ringkas dan tidak berjela-je;a .Kalau anda membebel panjang hanya akan tambah sakit hati dan buat ex-gf/exbf anda pening.
4. Jangan memberi harapan
Tak perlu tambah ayat macam, "Kamu tetap yang terbaik", "A part of myself still loving u" dan sebagainya. Hal itu hanya akan mengaburkan tujuan utama anda. Nanti tak pasal2 dia ingatkan yang anda masihl menaruh hati padanya.
5. Sopan
Lakukan dengan tenang dan pilihlah kata-kata yang sopan. Memutuskan pasangan tak bermaksud anda boleh malukan pasangan. Sejahat-jahat pasangan anda, tetap perlakukan dia dengan hormat. He/she is the one that u once love in ur life.
6. Jangan menghubungi
Tak perlu call or sms just nak tanya bagaimana keadaan dia lepas break-up dgn anda... macam 'u okey?'. Just give he/she some time to forget all about u. Anda pun perlu waktu untuk kembali bangkit dan terlepas dari bayang-bayang bekas kekasih.
Assalamualaikum….
Penah x korang merasa kebengangan terhadap rumet korang….kalo ade..bleh la korang itu tips2 dibwah nie untuk menunjukkan kebengangan korang terhadap rumet korang…
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
p/s : ape2 akibatnya tidak ditanggung oleh pihak blog ini.sekian terima kasih
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat -> Doa, 2 rakaat lagi -> Doa, 2 rakaat lagi ->Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Assalamulaikum....
pernah x korang terlibat dalam kemalangan. kalo yang pernah camne tindakan korang lepas eksiden tue. Bagi yang xpenah kene eksiden nie,aku nak share bersama-sama tentang tips atau langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :
1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.
2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plat) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor atau sama waktu dengannya).
3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.
4. Jika kereta boleh di pandu... pandu la kete itu ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.
5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.
6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)
7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.
9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan.
10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.
11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.
12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda atau pihak ketiga.
Tips :
- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.
- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.
- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.
- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda.
- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan – rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.
Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.
Assalamualaikum….
Arinie aku nak share gan korang tips-tips untuk mengkaber malu korang mengikut keadaan tertentu…so truskan membaca entry in jika ingin tahu lebih lanjut.
Jika diketawakan Kerana Tertidur.
- Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga terleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar! Kemudian buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!
Jika Silap Tegur Orang
- Kalau anda tersilap menyapa orang yang tidak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia. Kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.
Jika Diketawakan Kerana Zip Seluar Terbuka
-Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba dengan mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"
Jika Tercakap Sorang Diri
- Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu. Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!
Jika Tersilap Masuk Tandas Wanita
- Jika tersilap masuk tandas wanita, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil "berlakon" menyatakan tujuan anda mencari isteri awek anda yang dah sejam tadi masuk tapi tak keluar-keluar lagi!
Selamat mencuba!




