close button

Lawak Part 5

Posted: August 20, 2011 by b0an in Labels:
6

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.


Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu
menunjukkan caranya membersih
lantai.. Lalu dia mengatakan


"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim
maklumat yang diperlukan."


Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.


Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..


Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.


lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur.... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...


Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan
menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli lamborghini dan mengembangkan
perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US ...


Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya...


Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah
bersetuju...


Penjual insuran berkata..


"Minta email Puan..."


"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu


Penjual Insuran terkejut dan berkata


"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai
komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."


Waita itu menjawab:


"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

6 comments:

  1. shida'R says:

    haha..wanita itu sangat blur..hahaa..

  1. b0an says:

    ira : laju tol bace..haha

  1. b0an says:

    shida : mybe la kot...huhu

  1. ika says:

    hahaha~ merepek! kelaka!

  1. b0an says:

    ika : bio la..dari cter jln tar...lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...