close button

Orang Politik

Posted: December 22, 2011 by b0an in Labels:
2

Ade sebuah bas ni penuh dengan ahli politik. Tiba tiba bas tu terbalik lalu masuk dalam gaung. Seorang kampung yang berdekatan telah melihat kemalangan itu.

Orang kampung: semua dh mati ke?!

Jeritnye pada orang dalam bas tersebut.

Orang politik: Belum! Saya dan dua orang kawan saya masih lagi hidup.

Tanpa menghiraukan kata kata orang politik tersebut, orang kampung itu terus menanam bas tersebut bersama sama orang didalamnya.

Keesokan harinya, wartawan telah datang untuk menemu ramah orang kampung tersebut.

Wartawan: Betul ke semua ahli politik dalam bas tu sudah mati?

Orang kampung: Tak, masih ada tiga orang yang mengaku mereka masih hidup.

Wartawan: (Dengan nada terkejut) habis tu kenapa awak tanam kesemuanya, kan ada yang masih hidup?

Orang kampung: Biasalah cik, cakap orang politik ni bukan boleh percaya sangat kan?

Wartawan: ????

mcm2 zmn skrg nie.. dunia2..

2 comments:

  1. keh3..mati free jew..hahaksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...