close button

Sejarah Asal-usul Meme Trollface

Posted: February 23, 2012 by b0an in Labels:
2




Assalamualaikum.....


Antara salah satu meme yang terkenal di internet adalah trollface. Trollface dipercayai adalah antara meme terawal yang mencetuskan fenomena sehingga kini, dan ianya masih luas dipergunakan. Namun, tahukah anda mengenai asal-usul meme trollface ini? Siapa pula penciptanya?


Dari cakap-cakap yang kami dengar, kebanyakan meme dihasilkan oleh pengguna laman 4chan. Persoalannya, adakah meme trollface dihasilkan oleh pengguna 4chan?
Jawapannya tidak. Dari kajian ringkas yang dilakukan, kami berjaya menemui pelukis asal meme ini, dan beliau bukanlah seorang pengguna berdaftar 4chan.

Untuk pengetahuan anda, pelukis asal meme ini adalah Whinney dan beliau merupakan seorang pengguna laman Devianart! Penghasilan meme trollface ini adalah secara tidak sengaja ketika beliau mencipta sebuah karakter bernama Rape Rodent. Walaupun karakter tersebut kurang mendapat perhatian dan gagal, ianya menjadi pencetus kepada meme trollface selepas itu.


Karakter Rape Rodent, pencetus asal kepada meme trollface




komik pertama yang menggunakan meme trollface



P/S : Entry kali ni aku share disebabkan aku minat meng'troll'kan orang lain...kredit diberikan kepada tuan punya artikel ni..iaitu http://woot.my/sejarah-asal-usul-meme-trollface/


Sekian Terima Kasih...




2 comments:

  1. olen says:

    serius, tak suka trollface.. scary je muka dorang! hahahha

  1. miranadia says:

    owh...baru taw....
    a'ah..tak suka jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...