close button

7 Perkara Yang Di Larangan Dilakukan Selepas Makan

Posted: March 05, 2012 by b0an in Labels:
0




Assalamualaikum



1. Merokok– Kepada perokok² sekalian, kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana risiko mendapat penyakit kanser adalah tinggi..(betul atau tidak aku pon tidak tahu..korang buat la kajian sendiri kalau nak tahu betul atau tidak..hehe)


2. Makan Buah –Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin.. Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau sebelum makan.. (Mak aku pun selalu cakap benda ni.. So memang betulla kot ni..huhu.. )



3. Minum Teh – Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang korang ambil sukar untuk dihadamkan.. (Hmm..Betul ke ni?? Setahu aku la, air teh ni sedap jer.. Elok pulak tu untuk mereka yang mengalami cirit-birit.. Maknanya makan tu elok jela dihadamkan.. kn?kn?)

4. Longgarkan Tali Pinggang – Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, bukan?? Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba² akan memudahkan usus korang terbelit ataupun tersekat.. hehe


5. Mandi– Mandi boleh menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut.. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah..



6. Berjalan – Adalah tidak benar bahawa kenyataan berjalan 100 langkah selepas makan membolehkan korang hidup sehingga 99 tahun.. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi² dalam makanan yang diambil.. Oleh itu, bagi mereka yang ingin kembali ke tempat kerja selepas makan tengah hari tu sila la membawa kenderaan yer.. Dan pastikan korang tak berjalan lebih 100 langkah selepas makan..


7. Tidur – Macam yang korang tau la, lepas makan mesti mata rasa macam nak tidur je kan.. So kalau korang tidur selepas makan, makanan yang korang ambil tu tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna.. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus dan yang paling ketara korang akan mengalami kebuncitan perut dengan cepat..





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...